Sambut ulang tahun UMNO di seluruh negara

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi mengambil ketetapan untuk menyambut Ulang Tahun UMNO yang ke-78 pada 11 Mei ini yang akan diadakan serentak di seluruh negara.

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, majlis tersebut akan diadakan melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.

“Ibu Pejabat UMNO bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan doa selamat bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO DrvAhmad Zahid Hamidi itu turut mengulangi pendirian UMNO memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan yang diwakili oleh Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu.

Katanya, komitmen itu dengan menggerakkan jentera Bahagian daripada seluruh negeri Selangor dan Negeri-Negeri yang diterajui UMNO.

MKT juga menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaikkan gaji penjawat awam  mulai 1 Disember 2024.

“Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama,” katanya.

Related posts

Leave a Comment