Gelombang haba di Pasir Mas

PUTRAJAYA 24 April – Jabatan Meteorologi Malaysia ( Met Malaysia) merekodkan daerah Pasir Mas di Kelantan menjadi satu-satunya kawasan di negara ini yang diletakkan pada tahap dua atau gelombang haba, hari ini.

Tahap dua adalah suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius hingga 40

Menurut Met Malaysia lagi, negeri Kelantan juga mencatat suhu harian maksimum melebihi 35 darjah Celcius, paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Enam daerah di negeri Pantai Timur itu iaitu Kota Bharu, Pasir Putih, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang mencatat tahap satu atau berjaga-jaga.

Tiga daerah di Kedah iaitu Pendang, Padang Terap dan Baling juga mencapai Tahap Satu selain masing-masing dua daerah iaitu di Terengganu (Besut, Setiu), Perak (Kuala Kangsa, Hulu Perak) dan Sarawak (Mukah, Selangau).

Turut mencatat tahap berjaga-jaga adalah daerah Raub di Pahang dan Kinabatangan, Sabah.

Related posts

Leave a Comment