Seiausaha Akhbar Kor Ming calon PH

HULU SELANGOR 24 April – DAP menamakan Pang Sock Tao sebagai calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Setiausaha Agung Anthony Loke mengumumkan nama calon Kerajaan Perpaduan itu pada majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu malam ini.

Sock Tao, 31 dan yang berasal dari Ampang adalah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN berkenaan pada 11 Mei ini, dan 27 April sebagai hari penamaan calon manakala hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Loke ketika mengumumkan nama calon itu berkata, DAP menghargai wanita dan memilih calon yang berkelayakan dengan pendidikan serta pengalaman yang boleh menjana perpaduan rakyat.

“Kita nak wakil rakyat yang dapat menjaga orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli,” katanya.

Related posts

Leave a Comment