KKM teliti gula-gula ginseng

PUTRAJAYA 13 April – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti nasihat dikeluarkan Agensi Makanan Singapura (SFA) terhadap pembelian gula-gula ginseng buatan Malaysia,  ‘Kingu Ginseng Candy’ yang dikesan mengandungi tadalafil.

Ketua Pengarahnya, Datuk Radzi Abu Hassan, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dan memeriksa sama ada gula-gula itu ada diedarkan dalam pasaran tempatan.

“Saya akan meminta bahagian berkaitan untuk menyiasat kes ini,” katanya dalam jawapan ringkas seperti dilaporkan BH online ketika ditanya sama ada terdapat sebarang tindakan akan diambil kepada pengeluar serta pengesahan adakah ia buatan negara ini.

Semalam, SFA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula ‘Kingu Ginseng Candy’ kerana ia didapati mengandungi tadalafil, ubat preskripsi yang digunakan bagi merawat lemah tenaga batin.

Agensi itu berkata, produk itu yang dikatakan berasal dari sebuah negara jiran dan ia dipasarkan di pelbagai platform e-dagang sebagai gula-gula yang didakwa memberi kesan kepada peningkatan seksual golongan lelaki.

Katanya, produk yang mengandungi tadalafil perlu diberikan di bawah pengawasan perubatan dan penggunaannya yang tidak sesuai memberi bahaya serta boleh meningkatkan risiko kesan sampingan yang teruk termasuk serangan jantung, angin ahmar, sakit kepala, migrain, kadar degupan jantung tidak tetap dan priapisme (keadaan tidak normal ereksi yang berterusan dan berpanjangan

SFA berkata, tadalafil juga boleh membawa risiko serius kepada individu tertentu termasuk mereka yang menghadapi masalah jantung dan mampu mengakibatkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa mereka yang mengambil ubat sakit jantung, terutam yang mengandungi nitrat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment