Itu sejadah mini bukan alas kaki

SEPANG 13 April – Sejadah mini bukan alas kaki. Itu penjelasan AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) berhubung sejadah yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu. Penjelasan itu susulan laporan media Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, sehari sebelum Aidilfitri lalu susulan aduan orang awam selain tular di media sosial. Dalam kenyataannya hari ini, AEON BiG berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai isu berkenaan pada Selasa lalu dan memberi kerjasama sepenuhnya serta kenyataan kepada JAIJ. Menurut…

Read More

PH, PN belum putuskan calon PRK

SEPANG 13 April – Pas menyerahkan kepada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk menentukan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, pada 11 Mei depan. Naib Presiden,  Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pihaknya yakin PN boleh memenangi kerusi PRK DUN Kuala Kubu Bharu berdasarkan keadaan dan isu semasa yang membabitkan ketidakpuasan hati rakyat. “Rakyat tidak puas hati dengan kenaikan harga barang selain masalah ekonomi. Dalam situasi ini, kita boleh meyakinkan rakyat mengenai kemampuan PN dan menang dengan bergaya. “Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15…

Read More

PRN Sabah September 2025

TUARAN 13 April –  Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah hanya akan diadakan selepas tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada iaitu September tahun depan, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor. Beliau memberi bayangan itu apabila menyatakan tempoh DUN semasa masih panjang dan banyak urusan pentadbiran perlu diselesaikan khususnya beberapa isu pembangunan dihadapi rakyat negeri ini. “Saya sebagai ketua kerajaan Sabah akan membuat keputusan bila kita mengadakan pilihan raya, tapi tempoh (DUN) kita sekarang sehingga hujung September tahun depan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Dewan Sri Sulaman,…

Read More

KKM teliti gula-gula ginseng

PUTRAJAYA 13 April – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti nasihat dikeluarkan Agensi Makanan Singapura (SFA) terhadap pembelian gula-gula ginseng buatan Malaysia,  ‘Kingu Ginseng Candy’ yang dikesan mengandungi tadalafil. Ketua Pengarahnya, Datuk Radzi Abu Hassan, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dan memeriksa sama ada gula-gula itu ada diedarkan dalam pasaran tempatan. “Saya akan meminta bahagian berkaitan untuk menyiasat kes ini,” katanya dalam jawapan ringkas seperti dilaporkan BH online ketika ditanya sama ada terdapat sebarang tindakan akan diambil kepada pengeluar serta pengesahan adakah ia buatan negara ini. Semalam, SFA menasihatkan pengguna…

Read More

SFA tarik balik Samy Bak Kut Teh Malaysia

SINGAPURA 13 April – Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung dan mengarahkan penarikan semula jualan satu lagi produk makanan dari Malaysia membabitkan bak kut teh segera dengan nasi. Produk berkenaan membabitkan Samy Bak Kut Teh (Kering dan Sup) diimport dari sumber yang tidak diiktiraf dari Malaysia. SFA dalam kenyataan yang dimuatnaik akaun Facebook berkata, susulan itu, pengimport produk Bak Kut Teh itu diarah untuk menarik semula penjualan produk berkenaan di pasaran republik itu. Menurut kenyataan itu, produk berkenaan mengandungi lebih daripada lima peratus daging babi. SFA menjelaskan daging dan produk daging…

Read More

Biar papan kenyataan berbicara

Dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke selatan, atau lima kilometer ke persimpangan Pulai, anda pasti akan terpandang kenyataan pada papan iklan ini. Bunyinya TANAH SUMBER YANG TIADA GANTI”. Istimewanya, latar belakang papan kenyataan itu kelihatan ‘tanah’ bukit yang semakin terhakis. Mungkin ingatan itu tidak memberi sebarang makna. Keadaan ini sudah lama berlaku. Mungkin satu hari nanti iklan itu yang akan diganti sementara tanah bukit itu menjadi rata. Sama-sama kita tunggu dan lihat. (Foto 12 April 2024)    

Read More

Harga ‘melampau’ nasi lemak di KLIA

SEPANG 13 April – Seorang penumpang yang baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam terkejut apabila perlu membayar RM63.10 untuk dua set nasi lemak. Melalui perkongsian di Facebooknya, Nav Nair berkata, beliau memahami harga makanan yang dikenakan di lapangan terbang tetapi apa yang dialaminya dianggap tidak berbaloi. Dalam hantaran itu, beliau turut menunjukkan foto nasi lemak beserta ayam, bilis, kacang dan sambal. “Saya okay dengan harga premium anda tetapi sekurang-kurangnya biarkan makanan kelihatan premium. Adakah ini benar-benar berbaloi dengan harganya,” kata Nav Nair. Perkongsian itu mendapat…

Read More

10.8 juta warga emas akan bersendirian

TOKYO : Menjelang tahun 2050, sebanyak 10.8 juta warga emas di Jepun akan tinggal bersendirian, membentuk 20.6% daripada semua isi rumah. Jumlah itu mengikut unjuran yang dikeluarkan setiap lima tahun oleh Institut Penduduk dan Penyelidikan Keselamatan Sosial Negara. Menurut kajian terbaharu itu, satu daripada lima isi rumah Jepun akan menjadi warga emas yang tinggal bersendirian. Ia menandakan peningkatan sejak 2020, apabila 7.37 juta warga emas, atau 13.2% daripada semua isi rumah, tinggal bersendirian. Unjuran itu muncul ketika orang muda Jepun menangguhkan perkahwinan atau memilih untuk tidak mempunyai anak kerana mereka…

Read More

Israel bersiap sedia hadapi serangan Iran

BAITULMAQDIS: Israel bersiap sedia menghadapi serangan oleh Iran atau sekutu-sekutunya, ketika amaran semakin meningkat mengenai tindak balas terhadap pembunuhan seorang pegawai kanan di Kedutaan Iran di Damsyik pada minggu lalu. Beberapa negara termasuk India, Perancis, Poland dan Rusia memberi amaran kepada rakyat masing-masing supaya tidak melakukan perjalanan ke rantau itu, ketika perang di Gaza telah memasuki bulan ketujuh. Tentera Israel menyatakan ia tidak mengeluarkan arahan baharu kepada orang awam, tetapi meminta orang ramai supaya terus berwaspada. “Sejak sehari yang lalu, tentera Israel sudah menjalankan penilaian situasi dan meluluskan rancangan untuk…

Read More