Dua maut nahas 7 kenderaan

IPOH 3 Feb. – Satu kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah itu pagi ini menyebabkan dua kematian manakala seorang mangsa yang patah tangan.

Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas itu ditemukan dalam keadaan berkecai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, PLUS menerusi laman X memaklumkan, semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang kerana tumpahan gula dan serpihan badan lori.

“Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza tol Gopeng (arah ke utara),” menurut PLUS.

(foto JBPM)

Related posts

Leave a Comment