WASHINGTON: Presiden Indonesia, Joko Widodo mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melakukan lebih banyak usaha untuk menamatkan kekejaman di Gaza, seterusnya membantu mewujudkan gencatan senjata.
Pemimpin negara majoriti Muslim paling ramai penduduk di dunia itu berkata, gencatan senjata adalah satu kemestian demi kemanusiaan.
“Indonesia merayu kepada AS untuk melakukan lebih banyak lagi usaha bagi menghentikan kekejaman di Gaza,” kata Jokowi, ketika melakukan lawatan rasmi ke Rumah Putih semalam (Isnin petang waktu AS)
Ahad lalu, Jokowi berkata beliau akan membawa kepada Biden “mesej yang sangat kuat” daripada sidang kemuncak bersama pemimpin Arab dan Islam di Riyadh pada hujung minggu yang mengecam Israel dan menggesa gencatan senjata.
Jokowi juga berkata beliau akan “menyampaikan mesej khusus daripada Presiden Mahmoud Abbas dari Palestin, yang meminta saya menyampaikannya kepada Presiden Biden,” mengenai perang.
Bagaimanapun Biden tetap fokus pada rancangan untuk meningkatkan kerjasama dengan Indonesia ke tahap tertinggi, yang dipanggil perkongsian strategik komprehensif.
(Foto fb Jokowi)
