Indonesia antara negara diberi mandat

RIYADH: Indonesia merupakan salah satu negara yang diberi mandat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memulakan tindakan bagi pihak OIC dan Liga Arab untuk menghentikan peperangan di Gaza.

Menurut laporan media, pemimpin OIC juga bersetuju ke atas satu ketetapan selepas persidangan pada Sabtu di Riyadh, untuk memberi mandat kepada Arab Saudi, Jordan, Mesir, Qatar, Turkiye dan Nigeria untuk membantu memulakan proses politik untuk mencapai perdamaian antara Israel dan Palestin.

Selain mengecam kekejaman Israel di Gaza, pemimpin OIC turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak mengeluarkan ketetapan supaya keganasan dapat dihentikan segera.

OIC turut mengecam pemindahan paksa 1.5 juta warga Palestin dari utara ke selatan Gaza, yang menurut Konvensyen Geneva ke-4 merupakan satu jenayah perang.

OIC juga mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengeluarkan ketetapan mengecam serangan ke atas hospital di Gaza oleh Israel.

Related posts

Leave a Comment