Wartawan mangsa serangan Israel

GAZA: Media Palestin melaporkan sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang selepas serangan udara Israel ke atas Gaza.

Di samping itu , rumah tiga wartawan musnah dan sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara.

Kementerian Kesihatan pula memaklumkan kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 dan 5,000 orang cedera apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial.

Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.

Sementara itu Facebook Muslim Care Malaysia Society memetik laporan Kementerian Kesihatan, bahawa angka korban meningkat kepada 1,055 orang dan 5,184 lagi cedera akibat serangan Israel.

Muslim Care Malaysia turut melancarkan Dana Kecemasan Untuk Palestin yang akan disampaikan secara berkala dan segera.

Mereka yang ingin menyumbang boleh merujuk pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin

Sumbangan juga boleh dibuat melalui transaksi langsung ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA 5644 9021 1159 (Maybank) atau 0701 60 1007 7651 (Bank Islam) dengan Rujukan : PALESTIN

Pertubuhan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM 1 juta untuk membantu Palestin kembali bangkit.

Related posts

Leave a Comment