Dewan Ulamak Pas gesa Howard Lee mohon maaf

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Dewan Ulamak Pas Pusat menggesa Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How memohon maaf atas tindakan tidak bertanggungjawab mengeluarkan pandangan menyeleweng dan tidak tepat terhadap tafsiran ayat suci al-Quran, kata Ketuanya Ahmad Yahaya.

Beliau berkata walaupun secara asasnya tidak menjadi kesalahan kepada golongan bukan Islam untuk menghayati ayat-ayat al-Quran mahupun apa juga ajaran agama Islam yang berkaitan namun, tidak harus bagi seseorang itu memberikan tafsiran secara longgar dan semberono.

Bagaimanapun, katanya, tidak harus bagi seseorang itu memberikan tafsiran secara longgar dan semberono terhadap ayat al-Quran.

“Malangnya, Howard Lee bukan sahaja tidak bertanggungjawab terhadap kenyataannya, tetapi sehingga kini beliau masih tidak meminta maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan.

Apakah kenyataan sedemikian masih tidak tergolong di bawah kesalahan agama, bangsa dan institusi diraja (3R)? Dewan juga tertanya-tanya apakah di dalam kalangan agamawan Pakatan Harapan (PH) yang bersedia memberikan teguran terhadap Howard Lee?

“Apakah prinsip sebenar PH terhadap isu-isu sebegini sehingga membiarkan perkara teras sebegini masih tidak diselesaikan secara tuntas?,” katanya dalam kenyataan bertarikh 23 September dan dihantar melalui Facebook Pas hari ini.

Beliau turut mempersoalkan adakah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sudah lama mengajar sebagai “menunggang agama” manakala Howard Lee yang menafsir ayat al-Quran sesuka hati pula dianggap sebagai “pejuang agama.”

“Dewan ingin sekali lagi menggesa supaya Howard Lee memohon maaf atas keceluparan beliau tempoh hari. Tindakan ini boleh dianggap melakukan penghinaan terhadap ajaran agama,” katanya.

Related posts

Leave a Comment