Pilihan raya Pakistan Januari 2024

ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya (ECP) menetapkan Januari tahun depan untuk Pakistan mengadakan pilihan raya sebelum ini ditangguhkan.

Pakistan yang bergelut dengan krisis politik, ekonomi dan keselamatan kini ditadbirkan kerajaan sementara sejak Parlimen dibubarkan pada 9 Ogos, beberapa hari selepas bekas Perdana Menteri Imran Khan dipenjarakan kerana rasuah.

Imran Khan juga dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Penggantinya, Shehbaz Sharif, kini berada di London untuk berunding dengan abangnya, Nawaz Sharif, bekas Perdana Menteri yang dijangka pulang ke Pakistan bulan depan selepas empat tahun dalam buangan.

Pilihan raya sepatutnya berlaku dalam tempoh 90 hari selepas Parlimen dibubarkan, tetapi ECP berkata ia memerlukan masa untuk melukis semula sempadan kawasan pilihan raya berikutan bancian terkini.

Pengumuman ECP Khamis menggembirakan penganalisis politik dan komuniti perniagaan bagi mengembalikan kestabilan politik.

Related posts

Leave a Comment