Sidang G20 secara maya November

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi mencadangkan untuk mengadakan satu pertemuan secara maya membabitkan pemimpin G20 sebelum tempoh jawatan presiden yang disandang India berakhir pada November 2023.

“Kami akan dapat menyemak isu yang ditangani pada sidang kemuncak ini pada sesi maya itu… Saya harap anda semua akan menyertai sesi maya tersebut,” kata Modi pada sesi terakhir Sidang Kemuncak G20 semalam.

India mempengerusikan G20 sejak 1 Disember 2022.

Sidang kemuncak peringkat tertinggi di New Delhi dari Sabtu hingga Ahad mengumpulkan 20 negara anggota serta sembilan negara lain, termasuk Bangladesh, Mesir, Sepanyol, Mauritius, Nigeria, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu, Oman dan Singapura.

Russia pada sidang kemuncak itu diwakili oleh Lavrov dan China oleh Perdana Menteri, Li Qiang.

Sidang kemuncak G20 seterusnya dirancang untuk diadakan di Brazil, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, seperti yang terkandung dalam perisytiharan akhir persidangan New Delhi.

India secara rasmi menyerahkan jawatan Presiden Kumpulan 20 (G20) kepada Brazil pada majlis penutupan sidang kemuncak tahunan kumpulan itu di mana Modi menyerahkan palu istiadat jawatan presiden kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Related posts

Leave a Comment