PH-BN bentuk kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN 12 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi yang dimenangi ialah DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui, Klawang, Bahau, Lenggeng, Juasseh, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat, Ampangan, Pilah, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut dan Repah.

Turut tersenarai Sri Tanjong, Chembong, Gemencheh, Seri Menanti, Jeram Padang, Palong, Rantau, Mambau, Senaling, Johol, Kota, Chuah dan Linggi.

Manakala Perikatan Nasional (PN) menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting.

Semua pemimpin utama PH dan BN Negeri Sembilan menang termasuk Menteri Besar Aminuddin Harun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias dan Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan.

Related posts

Leave a Comment