Hari ketiga kadar R-naught kekal 0.99

PUTRAJAYA 4 Jan.  – Hari ketiga berturut-turut, bermula 1 Januari lalu , kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada kadar 0.99.

Hanya dua negeri iaitu Johor dan Kelantan melepasi kadar 0.99 dengan masing-masing mencatatkan 1.00.

Ini diikuti Kedah yang merekodkan 0.98, Sabah 0.97, Melaka 0.97, Pahang 0.96, Terengganu 0.96, Selangor 0.95, Perak 0.95, Pulau Pinang 0.93, Kuala Lumpur 0.92, Negeri Sembilan 0.91 dan Putrajaya 0.90.

Perlis merekodkan 0.88, Wilayah Persekutuan Labuan 0.83 dan Sarawak 0.75.

Related posts

Leave a Comment