388 kematian termasuk ‘backlog’

PUTRAJAYA 18 Sept. – Sejumlah 388 kematian termasuk kes tertunggak (backlog) akibat Covid-19 direkodkan setakat 11.59 malam, 17 September.

Berdasarkan data yang dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu, 108 kes merupakan kematian sebenar purata tujuh hari manakala  64 kematian lagi melibatkan ‘brought-in-dead’ (BID).

Dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes korban akibat Covid-19 di Malaysia adalah 22,743 kes

Sementara itu jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 221,339 dan daripada

jumlah itu, seramai 11,661 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Jumlah itu bersamaan 71.1 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital.

COVIDNOW turut berkongsi, jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 183,897 atau 83.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment