BANGKOK 30 Ogos – Thailand terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 15,972 kes hari ini berbanding 16,536 semalam, 17,984 pada 28 Ogos dan 18,702 pada 27 Ogos.
Pada masa yang sama, sebanyak 256 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,399 manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 1,190,063.
Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,692 adalah berkaitan orang awam dan 280 lagi dalam kalangan banduan
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 79 kematian dilaporkan di Bangkok dan 61 lagi dari wilayah berhampiran iaitu Samut Sakhon Pathum Thani, Samut Prakan dan Nakhon Pathom.
Bangkok turut merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,771 kes, diikuti 1,055 di Samut Prakan 1,055, Samut Sakhon 966 dan Ratchaburi 779.
Sementara itu, sebanyak 17,281 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,002,527.
