Arab Saudi kembali bawah 200 kes

RIYADH 24 Jan. – Arab Saudi mula kembali merekodkan kurang 200 kes jangkitan harian Covid-19 apabila semalam mencatatkan 197 dan hari ini 186 berbanding melebihi 200 kes dalam tempoh empat hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 366,371 manakala kes aktif 2,080 di mana 331 kritikal.

Dalam tempoh empat hari lepas, kes direkodkan adalah 213 (22 Januari), 212 (21 Januari), 238 (20 Januari), 226 (19 Januari) berbanding sebelum itu, lebih sebulan mencatatkan kes kurang 200 kes sehingga kepada 82 kes harian.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, dua kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 6,352 orang meninggal dunia.

Bagi tempoh yang sama 211 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih sebanyak 357,939 orang.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 82 kes diikuti Makkah 34 dan wilayah Timur 29 kes.

Related posts

Leave a Comment