MELAKA 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum DUN (PRU DUN) Melaka ke-16.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan rasmi itu menyaksikan BN memperoleh 21 kerusi, diikuti PN dengan tiga kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi.
Menurutnya, sebanyak 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab pada PRN kali ini.
Jumlah itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.
“Sehingga 11.15 malam, 14 November 2026, berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka ke-16, iaitu Barisan Nasional 21 kerusi, Pakatan Harapan empat kerusi dan Perikatan Nasional tiga kerusi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media keputusan rasmi PRN Melaka, di Pejabat Pilihanraya Melaka malam ini.
Katanya, proses pilihan raya yang berlangsung pada 14 November itu melibatkan pertandingan di kesemua 28 kerusi DUN yang ditandingi parti politik dan calon bebas.
Ramlan turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, pihak keselamatan, petugas pilihan raya, media serta sukarelawan yang membantu memastikan kelancaran PRU DUN Melaka ke-16.
Bagi BN-PN, 24 kerusi yang dimenangi ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Pengkalan Batu, Bukit Katil, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Bemban, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.
PH pula memenangi empat kerusi iaitu DUN Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
NNNN
