PN umum 5 calon hadapi pilihan raya Melaka

MELAKA  29 Okt. – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima daripada enam calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16, manakala seorang lagi akan diumumkan kemudian.

Pengerusinya,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, gabungan itu masih mempunyai masa untuk mengumumkan calon terakhir menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini

Lima calon yang diumumkan ialah Rafie Ahmad bagi DUN Paya Rumput, Michael Gan Pen Lam (Ayer Keroh), Mohd Ridzuan Mohd Shariff (Bukit Katil), Albert Kok Kesidang dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban).

DUN Kota Laksamana menjadi satu-satunya kawasan yang masih belum diumumkan calonnya.

Pengumuman bertemakan slogan ‘Muafakat Melaka’ itu menyusul kerjasama politik antara PN dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri berkenaan.

Sebelum ini, BN mengumumkan hanya akan bertanding di 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka, sekali gus memberi laluan kepada PN di tujuh kawasan.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan BN kini mempertaruhkan calon di 22 kerusi selepas MCA diberikan DUN Bandar Hilir, dengan Jasmine Lok Huey Yee diumumkan sebagai calonnya.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment