SEPANG 8 Okt. – Setakat pukul 8.40 pagi, sebanyak 38 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan tidak sihat, dengan Segamat di Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 186 diikuti Nilai di Negeri Sembilan mencatat bacaan 183.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) menunjukkan baki 30 stesen merekodkan bacaan sederhana, manakala tiada stesen mencatat bacaan dalam kategori baik atau sangat tidak sihat.
Seremban mencatatkan bacaan 181, Pasir Gudang, Johor (180) dan Kluang, Johor (179), Larkin di Johor dan Johan Setia di Selangor masing-masing merekodkan bacaan 178, manakala Rompin, Pahang mencatat 174.
Johor merekodkan jumlah stesen tertinggi dalam kategori tidak sihat dengan lapan stesen, iaitu Tangkak (171), Pengerang (165), Kota Tinggi (164) dan Batu Pahat (161), selain Segamat, Pasir Gudang, Kluang dan Larkin.
Di Selangor pula, enam stesen merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (178), Shah Alam (169), Banting (167), Petaling Jaya dan Klang masing-masing 165 serta Kuala Selangor (156).
Pahang mempunyai empat stesen dalam kategori berkenaan iaitu Rompin (174), Balok Baru di Kuantan (165), Indera Mahkota di Kuantan (164) dan Temerloh (153).
Di Negeri Sembilan, selain Nilai dan Seremban, Port Dickson merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 168 sementara Melaka pula merekodkan tiga stesen dalam kategori sama iaitu Bukit Rambai (172), Melaka Tengah (171) dan Alor Gajah (167).
Di Lembah Klang, Cheras dan Putrajaya masing-masing mencatat bacaan 173, manakala Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan 168.
Perak mempunyai lima stesen dalam kategori tidak sihat iaitu Seri Manjung (160), Tasek Ipoh (159), Taiping (154), Pegoh Ipoh (153) dan Tanjung Malim (152).
Di Pulau Pinang, Seberang Perai (155), Minden (154) dan Seberang Jaya (152), manakala Sungai Petani, Kedah mencatat 152 sementara di Terengganu, Kemaman merekodkan bacaan 155 dan Paka 151.
Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.
Nnnn
