Kami tidak akan kembali – Ezam

SEPANG 16 Ogos  – “Kami tidak akan kembali. Kami bukan bajingan seperti mana mereka yg bersama kamu sekrang,” demikian reaksi balas bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini menganggotai Pas.

Ezam yang kini menganggotai Pas merujuk ucapan Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam yang memohon maaf selain merayu kepada bekas pemimpin dan aktivis parti itu agar kembali ke landasan perjuangan PKR.

“Pertama, otai-otai yang kadang-kadang ialah biasa.. sila kembali…rakan-rakan saya yang lain, yang mungkin rasa sedikit terpinggir.

“Kalau ada apa-apa kesilapan kita, saya mohon maaf, kembalilah kepada landasan perjuangan kita,” kata Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam.

Ezam menarik perhatian ketika ucapan Anwar itu di dalam dewan, berapa ramai yang sambut permintaan maaf Presiden PKR itu.

“.Mereka tidak faham. Mereka tidak pernah kenal derita. Mereka bersama kamu sekarang hanya kerana kamu ada kuasa, mereka kejar habuan. Kami kejar kebenaran dan redha Allah SWT,” katanya.

Menurut Ezam, bagi orang politik meminta maaf adalah mudah lebih-lebih lagi apabila mahu kuasa, undi atau takut kehilangannya.

“Saya dan ramai lain tidak buat keputusan politik. Keputusan berasaskan prinsip agama. Makanya kami tidak faham apa maksud minta maaf itu.Bertaubatlah pada Allah swt. Baru selepas itu minta maaf pada manusia,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Ginie Lim memuat naik gambar bersama Tian Chua dan Xavier Jayakumar di kongres berkenaan.

Tian dipecat daripada parti itu selepas bertanding sebagai calon bebas di parlimen Batu pada pilihan raya umum lalu, manakala Xavier meninggalkan PKR pada 2021 untuk menyokong Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment