BANGI 6 Ogos – Pelbagai program termasuk Bangi Berselawat 7.0 akan berlangsung sempena Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) siri perdana pada 29 dan 30 Ogos ini di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.
Program yang menghimpunkan impian, hiburan, ilmu, keluarga dan peluang rezeki di satu tempat turut menawarkan peluang memenangi tiga buah kereta, pelbagai hadiah menarik di samping aktiviti pertandingan seisi keluarga.
Pengunjung JIMBARA Bangi juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama Pakej Umrah Transit Sharjah bernilai RM6,390.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours (Andalusia) Sdn. Bhd., Md Daud Che Ngah yang berpengalaman luas dalam ibadah haji dan umrah dijangka membimbing Kursus Umrah Perdana pada 29 Ogos mulai pukul 9 pagi.
Pada hari yang sama juga akan berlangsung Kuliah Dhuha Perdana Muslimat bertajuk Al-Quran Penawar Hati Wanita yang bakal menampilkan personaliti Al-Quran TV Ustazah Farhatul Fairuzah.
Pada hari Ahad, 30 Ogos, personaliti dakwah tv dan medsos Ustaz Elyas Ismail akan tampil dalam Bicara Santuni Jiwa dengan tajuk “Keluarga yang dirindui Syurga” mulai pukul 9 pagi.
Bagi 100 peserta terawal untuk program ini dan juga kuliah dhuha akan menerima satu paket kurma ajwa premium.
Orang ramai khususnya di sekitar Bangi dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini pakej umrah dan pelancongan Andalusia
Sementara itu, pada 8 dan 9 Ogos ini, seperti biasa kursus umrah percuma akan diadakan di auditorium Ibu Pejabat Andalusia, Desa Pandan bermula pukul 9.30 pagi hingga 1 petang.
Kursus akan dibimbing mutawif Andalusia Ustaz Firdaus @ Ustaz Rock (8 Ogos) dan Ustaz Muhammad Hakim Aysar Nazli (9 Ogos).
Nnnn
