14 maut angkara pengebom berani mati

PESHAWAR – Serangan pengebom berani mati di luar sebuah balai polis di Lembah Swat, barat laut Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera.

Kejadian berlaku ketika ratusan penduduk berhimpun bagi membantah peningkatan keganasan dan aktiviti militan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang terletak berhampiran sempadan Afghanistan.

Menurut Ketua Polis Daerah Swat, Umar Khan, pengebom berani mati itu meletupkan bahan letupan yang dibawanya selepas anggota polis cuba menahan dan memeriksanya di pintu masuk balai polis berkenaan.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut yang dilaporkan berlaku ketika seorang penceramah sedang menyampaikan ucapan terakhir.

Perhimpunan itu dianjurkan bagi membantah kebangkitan semula kumpulan bersenjata di Swat yang suatu ketika dahulu menjadi kubu kuat Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) sebelum kumpulan itu diusir melalui operasi ketenteraan besar-besaran pada 2009.

Penganjur dan penduduk tempatan mendakwa pihak berkuasa gagal mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan bersenjata yang didakwa masih aktif di kawasan pergunungan sekitar

Related posts

Leave a Comment