Bersatu bukan sekadar hilang dua kerusi

SEREMBAN 2 Ogos – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendahului parti politik lain yang kehilangan wang deposit dalam jumlah yang ramai pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 semalam.

Daripada 30 calon hilang wang deposit, Bersatu yang mempertaruhkan 24 calon, menerima tamparan hebat apabila menjadi parti tunggal terbesar yang kehilangan 23 wang deposit.

Undi tertinggi yang diperoleh calon Bersatu adalah Nazree Yunus (N25 Paroi) yang memperoleh 2,205 undi manakala Sanjeevan (N07 Jeram Padang) 2,191 undi, Anip Abu Baker (N20 Labu) 1,985 undi dan Azman Abdullah (N34 Gemas) 1,012

Bersatu gagal memenangi sebarang kerusi dan terpaksa melepaskan kerusi yang disandang sebelum ini iaitu Labu dan Gemas.

Labu yang sebelum ini diwakili Anip (Mohamad Hanifah Abu Baker) dimenangi calon BN Maira Hasim manakala bagi DUN Gemas, Ridzuan Ahmad, mantan ADUN Bersatu berjaya mempertahankan kerusi itu atas tiket PN (Wawasan).

Sementara itu, Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masing-masing mempertaruhkan calon tunggal, turut hilang wang deposit.

Seorang calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah, Zahin Zinal @ Bong (N.06 Palong) yang memperoleh 1,495 turut kehilangan deposit, di samping empat calon Bebas yang juga mengalami nasib yang sama.

Dalam pada itu, calon lingkungan umur 41 hingga 50 tahun mencatatkan jumlah hilang deposit tertinggi, iaitu sebanyak 36.11 peratus atau 13 daripada keseluruhan 36 calon yang bertanding.

Jumlah undi yang diperoleh Amanah adalah Bang Chik (Faizal) N02 Pertang 367 undi; Mazrulhisham Abd Mansor N03 Sungai Lui 317 ; Adib Musa N04 Klawang 549; Affendy Salleh N05 Serting 736; Rebin Birham N06 Palong 590.

Sanjeevan N07 Jeram Padang 2,191; Zool Amali Hussin N09 Lenggeng 349; Saravana Kumar a/l Veerasamy N10 Nilai 718; Fazly Hamid N12 Temiang 514; Tun Faisal N13 Sikamat 548; Azzah Harun N14 Ampangan 267; Mohd Zuhaimi Md Yusof N15 Juaseh 506.

Datuk Seri Megat N16 Seri Menanti 363; Mohd Izaffi N17 Senaling 432; Anip Abu Baker N20 Labu 1,985; Tang Jay Son N22 Rahang 160: Sarawanan Nagayah N23 Mambau 786; Mahendran Ramasamy N24 Seremban Jaya 327, Haji Nazree Yunus N25 Paroi 2,205.

Akmal @ Aboy N28 Kota 290; Sheikh Junaidy N31 Bagan Pinang 536; Datuk Zamri Md Said N32 Linggi 391; Leevinesh Murugan N33 Sri Tanjung 618 dan Azman Abdullah N34 Gemas 1,012 undi.

Related posts

Leave a Comment