JOHOR BAHRU 25 Jun – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) akan bertanding di lima kerusi – Permas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Pemanis dan Paloh pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor ke-16 bulan depan.
Presidennya, P. Punithan pada Majlis Pengumuman Calon yang diadakan di Dewan Raya Tiram berkata, pilihan raya ini menjadi detik bersejarah buat parti tersebut kerana buat pertama kali menyertai pilihan raya.
MIPP adalah komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, Pas, Gerakan dan PCM (Wawasan).
Lima calon yang dipertaruhkan adalah N43: Permas – T. Vela; N49: Kota Iskandar – S. S. Anna Pravina N50: Bukit Permai – M. Lina Manoh; N03: Pemanis – Dr. A. Arvind; N30: Paloh – D. S. Jeevakumar.
Sementara itu Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Suraya Sulaiman diumum sebagai calon tunggal parti itu yang akan bertanding di bawah tiket PN.
Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata, Exco Pejuangnita Malaysia itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.
“Ini satu-satunya kerusi yang kita bertanding di Johor dan tidak lebih dari itu. Kita merasakan bahawa dengan gandingan bersama parti komponen dalam PN, peluang untuk menang cerah,” katanya.ketika penstriman langsung majlis pengumuman calon PN DUN Gambir di Facebook semalam.
Dalam pada itu, keputusan Gerakan Johor tidak menyertai pilihan raya itu dibuat berdasarkan pertimbangan pragmatik seperti kesediaan keseluruhan semasa organisasi parti, keupayaan mobilisasi akar umbi dan peruntukan sumber.
Naib Presiden Gerakan, Koo Shiaw Lee berkata, keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri Gerakan Johor selepas perbincangan teliti dan bukan kerana rasa tidak puas hati dengan kerusi yang diperuntukkan.
“Malah kerusi-kerusi ini adalah antara kawasan pilihan raya yang dikehendaki yang dikemukakan sebelum ini oleh Gerakan Johor.
“Oleh itu, tidak ada situasi dipaksa menerima kawasan pilihan raya yang sukar atau menarik diri daripada pilihan raya kerana isu peruntukan kerusi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, Parti Wawasan Negara mengumumkan pendirian tidak bertanding tetapi kekal menyokong mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memenangi kerusi pada pilihan raya itu.
Presidennya, Hamzah Zainudin, berkata, apa yang penting ketika ini adalah memastikan peranan Wawasan Negara sebagai parti yang menjadi jambatan penyatuan dalam PN.
“Oleh kerana saya presiden yang baharu, saya mahu memastikan kita mengambil tindakan terbaik. Jadi, hari ini kita membuat keputusan untuk tidak menyertai PRN Johor.
“Tidak menyertai bukan bermakna kita tidak menyokong mana-mana calon. Kita akan mengumumkan sokongan kepada barisan calon yang kita rasa layak untuk menguruskan Johor pada masa hadapan,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Bukit Tunku, pada Khamis.
Nnnn
