“Mari kita duduk berbincang”

BEIRUT – Presiden Lubnan, Joseph Aoun membuat rayuan langsung kepada pemerintah dan rakyat Israel supaya kembali ke meja rundingan bukannya penyelesaian ketenteraan yang tidak akan menjamin keselamatan.

“Jika anda bersedia, mari kita duduk dan berbincang,” kata Aoun, dalam wawancara bersama CNN sambil menambah Lubnan bersedia dan komited untuk mencapai penyelesaian damai. 

Kerajaan Lubnan ketika ini sedang mengadakan rundingan langsung dengan Israel yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat sebagai perantara untuk mencapai gencatan senjata penuh, walaupun usaha itu ditentang pasukan pejuang Hezbollah yang masih bertempur dengan tentera Israel di selatan Lubnan.

Aoun turut menegaskan, beliau tidak akan bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selagi tiada persetujuan dicapai untuk menamatkan perang. 

Katanya, sebarang perjanjian yang dicapai kelak akan berbentuk pakatan tidak saling menyerang, bukannya perjanjian damai penuh.

Tegasnya,  permusuhan antara Lubnan dan Israel perlu ditamatkan selama-lamanya.

Lubnan katanya, akan bergerak seiring dengan Inisiatif Keamanan Arab 2002 yang menawarkan normalisasi hubungan dengan Israel sebagai tukaran kepada penubuhan negara Palestin serta pengunduran Israel dari wilayah yang diduduki.

Bagaimanapun proses tersebut memerlukan langkah berperingkat dan tidak boleh dilaksanakan secara mendadak.

Related posts

Leave a Comment