Upacara pengebumian di tiga lokasi

ISTANBUL – Iran akan mengadakan upacara pengebumian Pemimpin Agung Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei, di tiga lokasi iaitu Tehran, Qom dan Mashhad, yang dijangka bermula pertengahan bulan Jun.

Khameini yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada 28 Februari lepas, akan dikebumikan di makam Imam Reza di Bandar Mashhad, timur laut negara itu, selaras wasiat serta saranan daripada yang rapat dengannya.

Timbalan Datuk Bandar Tehran bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Mohammad Amin Tavakkoli-Zadeh berkata pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk menerima kehadiran antara 15 juta hingga 20 juta orang di ibu negara.

Tavakkoli-Zadeh berkata permohonan daripada wilayah-wilayah di seluruh Iran untuk menganjurkan upacara pengebumian dan peringatan masih berterusan.

Beliau berkata upacara penghormatan terakhir selama tiga hari telah dirancang dan perarakan pengebumian di Tehran dijangka berlangsung sekurang-kurangnya 24 jam.

Menurut pegawai itu, Mashhad dijangka menerima kunjungan besar-besaran pelawat dari negara-negara jiran termasuk Pakistan, Afghanistan, India dan Bangladesh, serta wilayah Kashmir.

Tavakkoli-Zadeh berkata majlis pengebumian berkenaan bakal mencatatkan skala luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan kehadiran para pengiring jenazah dari seluruh dunia Islam.

Nnnu

Related posts

Leave a Comment