TEHRAN – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) digesa supaya tidak sekadar menyuarakan kebimbangan, sebaliknya mengambil tindakan tegas dan mengikat terhadap Israel.
Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, berkata, krisis di Asia Barat adalah hasil daripada jenayah dan kekebalan rejim Zionis Israel.
Rejim itu melanggar kedaulatan negara, menjadikan gencatan senjata tidak bermakna, serta melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, termasuk menzalimi maruah mereka.
“Undang-undang antarabangsa tidak ditegakkan melalui kecaman yang lemah dan tidak berkesan,” katanya dalam satu hantaran melalui platform X.
Gharibabadi turut menyifatkan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mendakwa beliau menghalang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, daripada menyerang Beirut, sebagai menunjukkan peranan langsung Washington dalam mengawal tindakan Israel.
Katanya , jika keputusan untuk menyerang ibu negara sebuah negara berdaulat boleh diubah hanya dengan satu panggilan telefon, mengapa pelanggaran gencatan senjata selama berbulan-bulan terus berlaku.
Begitu juga serangan terhadap Lubnan, pemindahan penduduknya, serta ancaman terhadap kedaulatan negara itu, yang disokong kuasa politik dan ketenteraan Barat.
Nnn
