AS$1.22 bilion untuk Pakistan

WASHINGTON – Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  mencapai persetujuan di peringkat kakitangan mengenai program pinjaman Pakistan, sekali gus membuka laluan kepada penyaluran dana baharu berjumlah AS$1.22 bilion.

Keputusan berkenaan membolehkan penyaluran segera kira-kira AS$1.1 bilion di bawah kemudahan Extended Fund Facility (EFF), selain sekitar AS$220 juta lagi menerusi Resilience and Sustainability Facility (RSF).

IMF memaklumkan, dana tersebut bertujuan menyokong usaha Pakistan menstabilkan ekonomi, memperkukuh daya tahan fiskal serta menangani cabaran jangka sederhana dan panjang negara itu.

Related posts

Leave a Comment