Ketua Ombudsman didakwa rasuah

JAKARTA – Lima hari selepas mengangkat sumpah jawatan, Ketua Ombudsman Indonesia Hery Susanto ditahan berhubung dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat nikel.

Pengarah Siasatan Pejabat Peguam Negara, Syarief Sulaeman Nahdi, berkata Hery Susanto dan syarikat itu didakwa membuat perjanjian yang membolehkan ombudsman mengubah jumlah denda yang disyorkan oleh Kementerian Perhutanan.

Hery didakwa menerima 1.5 bilion rupiah (kira-kira RM347,952) ketika berkhidmat dalam jawatan lebih rendah di pejabat ombudsman dari 2021 hingga 2026 dan dituduh melanggar peruntukan rasuah dalam Kanun Jenayah Indonesia, yang boleh membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara.

Dia mengangkat sumpah sebagai pegawai tertinggi bertanggungjawab memerangi penyelewengan dalam kerajaan di hadapan Presiden Prabowo Subianto pada Jumaat lalu.

Nahdi berkata, sebelum itu syarikat nikel yang hanya dikenal pasti dengan nama TSHI, berdepan masalah berkaitan pengiraan denda.

Hery dibawa di hadapan wartawan dengan memakai jaket merah jambu terang, seperti yang lazim dipakai individu ditahan atas tuduhan rasuah di Indonesia.

Nnn

Related posts

Leave a Comment