KUALA LUMPUR 10 Mac – Nolee Ashilin Mohd Radzi dilantik memangku jawatan Ketua Srikandi Bersatu yang baharu, menggantikan Mas Ermieyati Samsuddin yang kini digantung keahliannya selama dua penggal.
Watikah pelantikan kepada Naib Ketua Srikandi itu disampaikan sempena Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung di sini hari ini.
Selain Nolee Ashilin yang juga bekas Exco Perak, mesyuarat hari ini turut menyaksikan pelantikan Naib Ketua Sayap Bersekutu Malaysia, R Sanjeevan untuk memangku jawatan Ketua Sayap Bersekutu Malaysia.
Terdahulu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah digantung keahlian selama dua penggal atau enam tahun kerana melanggar perlembagaan dan kod tatakelakuan.
