Trump gesa Iran menyerah tanpa syarat

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut Iran ‘menyerah tanpa syarat’, selepas perang yang dilancarkannya bersama Israel yang menyukarkan rundingan bagi menamatkan konflik dengan segera.

Trump membuat kenyataan itu di media sosial beberapa jam selepas Presiden Iran

Masoud Pezeshkian berkata di media sosial beberapa negara sudah memulakan usaha pengantaraan’.

“Tiada perjanjian dengan Iran kecuali menyerah tanpa syarat.

Selepas itu, pemilihan pemimpin yang hebat serta boleh diterima, kami bersama ramai sekutu dan rakan yang berani akan bekerja tanpa henti untuk membawa Iran keluar daripada ambang kemusnahan, menjadikannya ekonomi lebih besar, lebih baik dan lebih kukuh berbanding sebelum ini,” katanya.

Tuntutan Trump itu kemungkinan menyukarkan laluan pantas menamatkan konflik yang sudah mengganggu bekalan tenaga global, menggoncang pasaran kewangan.

Indeks saham di Eropah dan AS ditutup dengan kejatuhan ketara, manakala niaga hadapan minyak melonjak ke paras tertinggi sejak 2023 susulan penutupan Selat Hormuz yang mengekang aliran bekalan tenaga.

Trump dalam panggilan telefon bersama Reuters, kelmarin menyatakan, beliau mesti mempunyai suara dalam pemilihan pemimpin tertinggi baharu Iran bagi menggantikan Ali Khamenei, yang terbunuh pada hari pertama perang.

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata, pertimbangan mengenai perkara itu sudah pun dijalankan dan terdapat beberapa individu yang sedang dipertimbangkan oleh agensi perisikan dan kerajaan AS.

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani, pula berkata pemimpin baharu akan dipilih ‘mengikut prosedur perlembagaannya dan berdasarkan kehendak rakyat Iran — tanpa sebarang campur tangan asing’.

Manakala Presiden Iran,menegaskan Iran komited kepada keamanan berkekalan di rantau ini, namun tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Related posts

Leave a Comment