Israel tembak mati dua remaja

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel mengumumkan telah menembak mati dua penyerang yang didakwa menyerang askar dalam insiden berasingan di Tebing Barat yang dijajah.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai remaja berusia 17 dan 18 tahun.

Tentera Israel (IDF) menyatakan serangan pertama berlaku pada petang Isnin berhampiran Hebron, di selatan wilayah Palestin, di mana seorang anggota wanita cedera ringan dalam serangan merempuh kereta.

Dalam satu kenyataan, tentera berkata selepas mengejar penyerang, pasukan Israel cuba menahannya.

Penyerang cuba melarikan diri sambil membahayakan pasukan, yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru hidup, menyebabkannya terbunuh.

Pihak Berkuasa Palestin memaklumkan, Israel telah memberitahu bahawa Muhannad Tariq Mohammed al-Zaghir, 17, telah dibunuh oleh tentera Israel di Hebron.

Penyerang cuba melarikan diri sambil membahayakan pasukan, yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru hidup, menyebabkannya terbunuh,” kata kenyataan tentera.

Pihak Berkuasa Palestin memaklumkan, Israel telah memberitahu bahawa Muhannad Tariq Mohammed al-Zaghir, 17, telah dibunuh oleh tentera Israel di Hebron.

Related posts

Leave a Comment