PUTRAJAYA 11 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh tindakan tegas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menahan sekumpulan individu dikaitkan dengan ajaran Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tindakan itu penting bagi mengekang penularan fahaman dan amalan yang jelas menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tindakan itu juga menjadi pengajaran kepada kumpulan lain supaya tidak menyebarkan ajaran sesat.
“Isu berkaitan penyimpangan akidah bukan sekadar isu penguatkuasaan, tetapi juga isu pemeliharaan kesucian Islam dan keselamatan akidah umat. Justeru, kerjasama erat Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan tindakan yang selaras dan bersepadu dapat dilaksanakan,” katanya.
Dalam satu kenyataan, beliau mengingatkan umat Islam berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan individu atau kumpulan yang mendakwa mempunyai keistimewaan agama tertentu atau membawa ajaran luar kebiasaan.
Media sebelum ini melaporkan JAIP menahan ketua serta tujuh pengikut kumpulan Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi dalam serbuan di sebuah bekas gudang perabot di Kampung Sungai Putat, Pulau Tawar, Jerantut, Sabtu lalu.
Serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu menemui pelbagai dokumen dan barangan disyaki bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk tongkat, kain kuning dan hitam, serta batu dililit kain kuning yang dipercayai berunsur khurafat.
Terdahulu, media melaporkan JAIP menahan ketua serta tujuh pengikut kumpulan Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi dalam serbuan di sebuah bekas gudang perabot di Kampung Sungai Putat, Pulau Tawar, Jerantut, Sabtu lalu.
Serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu menemui pelbagai dokumen dan barangan disyaki bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk tongkat, kain kuning dan hitam, serta batu dililit kain kuning yang dipercayai berunsur khurafat.
Nnn
