KOTA KINABALU 11 Nov. – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon parti gabungannya Bersatu, Pas dan Gerakan akan bertanding di 41 kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Sabah ke-17 pada 29 November ini. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata sebanyak 33 kerusi terbabit akan ditandingi calon daripada Bersatu, diikuti Pas (lima) dan Gerakan (tiga). Bagaimanapun Presiden Bersatu itu hanya mengumumkan senarai calon bagi 40 kerusi berkenaan, manakala satu lagi kerusi membabitkan DUN Sindumin akan diumumkan kemudian. Calon Bersatu akan diketuai Naib Presiden yang juga Ketua…
Read MoreDay: November 11, 2025
Kekang amalan menyeleweng
PUTRAJAYA 11 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh tindakan tegas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menahan sekumpulan individu dikaitkan dengan ajaran Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tindakan itu penting bagi mengekang penularan fahaman dan amalan yang jelas menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tindakan itu juga menjadi pengajaran kepada kumpulan lain supaya tidak menyebarkan ajaran sesat. “Isu berkaitan penyimpangan akidah bukan sekadar isu penguatkuasaan, tetapi juga isu pemeliharaan kesucian Islam dan…
Read MoreBerita pilihan…
Ireland kesan wabak selesema burung
MONAGHAN 11 Nov. – Republik Ireland mengesahkan satu lagi wabak selesema burung (avian influenza) di sebuah ladang ayam belanda komersial berhampiran Clontibret, County Monaghan, satu batu dari sempadan dengan County Armagh di Ireland Utara. Menteri Pertanian, Makanan dan Marin Republik Ireland, Martin Heydon, berkata kawasan perlindungan sejauh 3 kilometer dan zon pengawasan sejauh 10 kilometer diwujudkan mengikut undang-undang nasional dan EU bagi mengawal penularan virus tersebut. Ini merupakan wabak ketiga yang disahkan di ladang ayam belanda dalam tempoh kurang seminggu, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penternak dan penduduk tempatan. Seorang penternak…
Read MoreGelandangan di England meningkat
LONDON – Laporan ‘Homelessness Monitor England 2025’ menunjukkan masalah gelandangan di England meningkat dengan ketara sepanjang tahun lalu, di mana jumlah individu tidur di jalanan meningkat 20 peratus kepada 4,667 orang. Jumlah itu hampir dua kali ganda berbanding paras terendah semasa pandemik Covid-19. Menurut laporan itu, lebih separuh daripada golongan yang tidur di jalanan di London kini bukan warganegara UK, mencerminkan peningkatan permohonan suaka dan usaha menyelesaikan kes tertunggak. Pada 2024, sebanyak 330,000 isi rumah dinilai oleh majlis tempatan, iaitu pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan awam, sebagai gelandangan atau…
Read More