19 kanak-kanak Gaza dipindah ke Mesir

BANDARAYA GAZA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengesahkan seramai 19 kanak-kanak dipindahkan dari Gaza ke Mesir bagi mendapatkan rawatan perubatan yang mendesak.

Pemindahan pada Khamis itu berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan hospital-hospital utama dilaporkan lumpuh akibat kekurangan bekalan ubat dan bahan api.

Menurut WHO, lebih 170,000 orang cedera sejak konflik bermula, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius seperti amputasi dan luka bakar teruk

Dr Tedros menyifatkan gencatan senjata sementara sebagai “talian hayat” kepada sistem kesihatan Gaza yang hampir musnah, namun menegaskan bahawa keperluan bantuan masih sangat besar dan mendesak.

Related posts

Leave a Comment