PUTRAJAYA 1 Nov. – Laporan Statistik Siswazah 2024 menunjukkan bilangan siswazah meningkat kepada 5.98 juta orang pada 2024 manakala kadar pengangguran menurun kepada 3.2 peratus sejajar pertumbuhan pasaran buruh yang kukuh. Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu didorong keadaan ekonomi dan pasaran kerja yang positif sepanjang 2024, dengan siswazah kini mewakili 22.3 peratus daripada penduduk umur bekerja. Ketua Perangkawan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu, 5.14 juta orang aktif dalam tenaga buruh, sekali gus mencatatkan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Siswazah (KPTBS) yang tinggi…
Read MoreDay: November 1, 2025
Anugerah media KPKT 17 November ini
PUTRAJAYA 1 Nov. – Selepas tercetus kontroversi ‘ugutan’ terhadap wartawan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan penganjuran Anugerah Kecemerlangan Media (AKeMedia) pada 17 November ini. Menerusi kenyataan di Facebook KPKT, penganjuran ini sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan-rakan media atas peranan penting memastikan penyampaian maklumat yang berkesan, tepat dan sahih kepada rakyat. KPKT sentiasa menghormati peranan media sebagai pemangkin kemajuan negara serta rakan strategik kementerian yang membantu menyampaikan dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat. Anugerah berprestij ini diperkenalkan sejak tahun 2023 sebagai tanda pengiktirafan terhadap khidmat bakti dan…
Read MoreKor Ming perlu memohon maaf
SEPANG 1 Nov. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming perlu memohon maaf kepada wartawan Utusan Malaysia dan komuniti media secara keseluruhan susulan tindakannya yang dianggap ‘membuli’ wartawan pada satu sidang media baru-baru ini. Tokoh Wartawan Negara, Johan Jaaffar berkata, wartawan berhak menanyakan sebarang soalan dan sebagai menteri, Kor Ming sepatutnya memberikan jawapan yang baik, munasabah serta tidak angkuh. Beliau juga tidak seharusnya mengugut untuk menghubungi ketua pengarang wartawan berkenaan. Katanya, tindakan Kor Ming menegur wartawan sewaktu pelancaran projek pencahayaan bandar ‘I Lite U’ itu juga berpotensi menjejaskan…
Read MorePN dijangka tanding 40 kerusi
KOTA KINABALU 1 Nov. – Jumlah kerusi yang akan ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU) pada 29 November ini. dijangka meningkat kepada 40 berbanding 36 yang diumumkan sebelum ini. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, bagaimanapun berkata jumlah sebenar kerusi ditandingi semua parti komponen PN dan senarai calon yang bakal bertanding atas tiket gabungan itu akan diumumkan pada 11 November ini. Katanya, tiga parti komponen PN iaitu Pas, Bersatu dan Gerakan kini dalam proses memuktamadkan kerusi dan senarai calon masing-masing sebelum…
Read MoreBerita pilihan…
Muzium arkeologi terbesar dunia dibuka
KAHERAH – Muzium Besar Mesir (Grand Egyptian Museum, GEM) dibuka secara rasmi berhampiran Piramid Giza, menampilkan paparan penuh makam Raja Tutankhamun buat pertama kali sejak penemuannya pada tahun 1922. Dibina dengan kos lebih AS$1 bilion, ia merupakan muzium arkeologi terbesar di dunia, menempatkan lebih 100,000 artifak dari zaman pra-dinasti hingga era Yunani-Rom. Tarikan utama muzium termasuk koleksi lengkap lebih 5,000 artifak dari makam Tutankhamun, termasuk topeng emas ikoniknya, yang sebelum ini dipamerkan secara berasingan di pelbagai lokasi. Terletak hanya beberapa kilometer dari Piramid Khufu, GEM direka oleh firma seni bina…
Read More19 kanak-kanak Gaza dipindah ke Mesir
BANDARAYA GAZA – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengesahkan seramai 19 kanak-kanak dipindahkan dari Gaza ke Mesir bagi mendapatkan rawatan perubatan yang mendesak. Pemindahan pada Khamis itu berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan hospital-hospital utama dilaporkan lumpuh akibat kekurangan bekalan ubat dan bahan api. Menurut WHO, lebih 170,000 orang cedera sejak konflik bermula, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius seperti amputasi dan luka bakar teruk Dr Tedros menyifatkan gencatan senjata sementara sebagai “talian hayat” kepada sistem kesihatan Gaza yang…
Read More