MB Perlis, Saifuddin digugur Pengerusi PN

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) malam tadi menggugurkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sebagai Pengerusi PN Pahang dan Perlis.

Mulai hari ini, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai PN Pahang manakala Ahli Parlimen Arau, yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PN Perlis.

Setiausaha Agung PN, Mohamed Azmin Ali mengumumkan demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

Bagi jawatan Pengerusi PN Johor, ia disandang oleh  Dr Sahruddin Jamal; Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah); Ahmad Yakob (Kelantan); Mas Ermieyati Samsudin (Melaka), Mohamed Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan).

Ahmad Faizal Azumu (Perak); Dr Dominic Lau Hoe Chai (Pulau Pinang);  Dr Ronald Kiandee (Sabah); Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak); Mohamed Azmin (Selangor);  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Dr Mohd Radzi Jidin (Wilayah Persekutuan).

Sementara itu, Azmin berkata, mesyuarat turut membincangkan beberapa perkara penting termasuk berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana MTPN sebulat suara bersetuju PN akan mengambil bahagian aktif dalam PRN Sabah.

“Selain itu, PN juga sudah mengenal pasti kerusi-kerusi tumpuan dan akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

“PN bertekad untuk terus berusaha memperkukuhkan wadah perjuangan parti sebagai wahana yang inklusif, progresif dan prihatin rakyat,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment