MOSCOW – Palestin memohon keahlian penuh dalam BRICS, blok ekonomi (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) tetapi masih belum menerima jawapan dan buat masa ini akan terus mengambil bahagian sebagai tetamu.
Duta Palestin ke Russia, Abdel-Hafiz Nofal, mengesahkan Pihak Berkuasa Palestin sudah mengemukakan permohonan itu secara rasmi.
“Namun seperti yang anda tahu, Palestin mempunyai syarat tertentu. Saya percaya sehinggalah syarat ini membolehkan kami menjadi ahli penuh, Palestin akan mengambil bahagian dalam kesatuan itu sebagai tetamu.
Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang jawapan,” katanya.
BRICS ditubuhkan pada 2006 oleh Russia, China, India dan Brazil dengan Afrika Selatan menyertainya pada 2011.
Sejak 2024, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Ethiopia dan Iran menyertai blok itu, manakala Indonesia menyusul pada Januari 2025.
Negara rakan yang bekerjasama dengan BRICS termasuklah Belarus, Bolivia, Cuba, Kazakhstan, Malaysia, Nigeria, Thailand, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.
Semalam, China mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi yang sealiran untuk menyertai kerjasama BRICS dan bersama-sama berusaha untuk orde antarabangsa yang lebih adil dan saksama.
BRICS adalah platform penting untuk kerjasama dalam kalangan pasaran baharu muncul dan negara membangun, serta sumber dorongan yang kuat bagi multipolar dan demokrasi lebih besar dalam hubungan antarabangsa.
“Platform ini diiktiraf secara meluas oleh negara-negara Selatan Global,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun, kepada pemberita di Beijing.
Nnnnn
