Prabowo ajak rakyat bertenang

JAKARTA 31 Ogos – Parti-parti politik di Indonesia bersetuju beberapa keistimewaan serta elaun untuk Ahli Parlimen ditarik balik, susulan protes dan rusuhan besar-besaran di seluruh Indonesia bagi menentang kerajaan atas isu seperti bayaran tambahan dan elaun perumahan untuk Ahli Parlimen.

Presiden Prabowo Subianto, dalam ucapannya di Istana Presiden berkata, para pemimpin Dewan juga bersetuju untuk memansuhkan beberapa dasar, termasuk peningkatan elaun dan lawatan kerja ke luar negara,

“Kami menghormati kebebasan berekspresi, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Antarabangsa PBB tentang Hak Sivil dan Politik Artikel 19 dan Perlembagaan 9 Tahun 1998 Aspirasi boleh disampaikan secara aman.

Tetapi jika ada aktiviti anarkis, pemusnahan kemudahan awam, rampasan, ia adalah pelanggaran undang-undang dan negara mesti hadir untuk melindungi rakyatnya,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak polis dan tentera juga diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap vandalisme kemudahan awam, rampasan rumah individu dan pusat ekonomi mengikut undang-undang berkenaan.

“Kepada pimpinan Dewan Rakyat, kementerian, dan institusi, saya memohon untuk mengajak tokoh masyarakat sehingga pelajar, berdialog secara langsung, menerima input, dan pembetulan,” katanya.

Prabowo juga meminta masyarakat,mengemukakan  aspirasi mereka secara aman dan pemerintah berjanji untuk mendengar, memerhati dan mengambil tibdakan.

“Suara aspirasi secara aman, tanpa merusuh, tanpa merompak, tanpa memusnahkan kemudahan awam. Semangat nenek moyang kita ialah kerja berpasukan. Marilah kita bekerjasama untuk melindungi alam sekitar, keluarga dan negara kita.

“Saya meminta semua rakyat mempercayai kerajaan dan kekal bertenang. Kerajaan yang saya pimpin berazam untuk sentiasa berjuang demi kepentingan rakyat termasuk yang paling kecil dan ketinggalan.

Ayuh kita jaga perpaduan negara. Indonesia di ambang kebangkitan, tidak mahu menjadi kambing biri-biri,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment