Bomba turunkan bendera terbalik

GOMBAK 27 Ogos – Bomba biasanya dipanggil bagi memadam kebakaran, mengeluarkan mangsa nahas jalan raya atau menangkap ular, tetapi baru-baru ini membantu menurunkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik.

Kejadian berlaku di tingkat satu bangunan sebuah premis kedai kasut di Jalan Medan Batu Caves 1, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada pukul 11.29 pagi pada 23 Ogos lalu.

Katanya , siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

“Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan pemilik premis serta individu yang terbabit sudah dirakam keterangan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.20 pagi dan tiba di premis terbabit sembilan minit kemudian.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang yang tiba di lokasi mendapati Jalur Gemilang itu dalam keadaan terbalik. Anggota bomba bertindak memanjat dan menurunkan bendera di tingkat satu sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment