KOTA KINABALU 11 Ogos – Peguam Shahlan Jufri berada di bilik bedah siasat, selama lapan jam, menyaksikan ketelitian pasukan pakar forensik yang berusaha mencari kebenaran di sebalik kematian Zara Qairina Mahathir, 13.
Salah seoran peguam mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Allahyarham menjadi satu-satunya wakil keluarga menyaksikan prosedur yang dikendalikan oleh empat doktor pakar forensik di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini semalam.
Beliau mencerita pengalamannya dengan jelas dan lancar ketika disoal para wartawan yang ingin mengetahui proses bedah siasat itu malahan bersedia menerangkan satu persatu proses bedah siasat dilakukan.
“Saya masih tahu keadaan arwah bagaimana, pisau apa yang digunakan, mangkuk apa yang digunakan, macam-macam,” katanya yang hanya keluar sebentar dua kali untuk mengambil udara segar di bilik kaca.
Sepanjang tempoh itu, 11 pagi hingga 7.30 malam, beliau tidak keluar ke tandas kecuali dua kali ke bilik kaca, untuk mengambil udara segar kemudian tidak sampai lima minit, doktor panggil.
“Jadi saya masuk semula ke bilik bedah, pakai pelitup mulut dan sebagainya. Kali kedua mahu ambil udara segar, masuk tidak sampai lima minit kena panggil balik. Akhirnya, saya cakap memang kena tunggu dalam, tidak boleh di luar, tidak boleh di bilik kaca,” jelasnya.
Katanya, pakar-pakar berkenaan mampu berdiri sepanjang proses itu berbanding beliau sempat juga duduk.
“Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada ‘tangan-tangan’ tertentu, semua itu tiada. Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, dengan semua prosedur yang diperlukan,” katanya
Sementara itu pelbagai media cetak turut memberi liputan terhadap proses ini walaupun beberapa media menyiarkan secara langsung suasana di HQEI, lokasi bedah siasat dilakukan.
Nnn
