DAPSY bebal ‘serang’ Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berterusan ‘menyerang’ Ketua Pemuda UMNO Malaysia,  Dr. Akmal Saleh – walaupun isu sebenar tidak melibatkan sentimen politik kepartian adalah satu tindakan bebal.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Hafiz Ariffin berkata, dalam isu Jalur Gemilang dipasang secara terbalik, teguran Dr. Akmal dibuat atas dasar semangat patriotisme dan tanggungjawab nasional terhadap pengawasan simbol negara.

Beliau tidak menyentuh mana-mana parti politik. Namun, DAPSY lebih memilih untuk menyasarkan kritikan kepada beliau, seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada kecuaian sebenar yang berlaku.

Namun, DAPSY lebih memilih untuk menyasarkan kritikan kepada beliau, seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada kecuaian sebenar yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmal sebelum itu mengkritik pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah menengah di Port Dickson, Negeri Sembilan dan menuntut tindakan tegas terhadap pihak sekolah yang didakwa cuai serta tidak memantau pemasangan bendera dengan betul.

Kritikan itu mendapat reaksi balas pimpinan DAPSY teemasuk Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Edmund Lim yang menegaskan rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya gemar menangguk di air keruh, sebaliknya perlukan suara yang tenang, matang dan menyatukan rakyat.

“Kita sudah lama nampak perangai Akmal Saleh, beliau sentiasa mencari ruang untuk memanaskan isu kecil semata-mata mahu menimbulkan kebencian, sedangkan rakyat perlukan pemimpin yang matang, mampu menenangkan keadaan dan menyatukan rakyat,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

Menurut Lim, tindakan Akmal yang lantang bersuara dalam isu bendera terbalik, namun berdiam diri apabila kesilapan sama dilakukan oleh pihak yang dekat dengan partinya menunjukkan sikap double standard.

“Dalam isu bendera terbalik ini, beliau cepat menuding jari, menjerit ke sana sini kononnya demi maruah negara. Tetapi bila kesilapan sama berlaku melibatkan pemimpin Pas, beliau tenang dan sopan. Inilah bukti hipokrasi dan double standard yang jelas,” katanya.

Sementara itu Hafiz yang juga Setiausaha Pemuda UMNO berkata, ini bukan kali pertama DAPSY bertindak demikian.

“Ketika isu penjualan label “daging ham” di Universiti Malaya, teguran jelas ditujukan kepada pihak KK Mart dan agensi yang bertanggungjawab, tetapi DAPSY tetap memilih untuk menyerang Dr. Akmal.

Dan kini, dalam isu bendera terbalik, reaksi mereka masih sama — menunding jari kepada Akmal Saleh. Apa sahaja yang ada kaitan dengan keculaan masyarakat Tiong Hua, DAP akan tampil mengkritik Dr Akmal berbanding bercakap hal sebenar.

Sikap ini menimbulkan persoalan besar adakah DAPSY menyimpan agenda tersembunyi untuk terus melemahkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Atau adakah mereka mempunyai dendam politik terhadap beliau, yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan.,” soalnya.

Hafiz berkata, apa pun niat mereka, tindakan DAPSY disifatkan sebagai kebebalan politik dan kegagalan memahami konteks sebenar serta keliru antara isu kenegaraan, semangat patriotik dan agenda politik sempit.

“Ini satu kebebalan politik yang sukar diterima. DAPSY perlu perbetul sikap ini jika benar ingin bekerjasama, berhenti menyerang secara membuta tuli, dan belajar untuk menilai isu berdasarkan konteks, bukan emosi atau dendam politik peribadi,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment