Bersama sertai PRN Johor

SEPANG 3 Jun – Parti ๐—•ersama akan menyertai Pilihanraya Negeri (PRN) Johor 2026 setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan parti dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara.

Menurut kenyataan Bersama, satu perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli parti dari Johor akan diadakan untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini.

Kenyataan bersama Rafizi Ramli dan Nik Nazmi itu berkata, Bersama akan

menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan.

โ€œPRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan Bersama kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun Bersama berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu.

Penyertaan dalam PRN Johor juga membolehkan Bersama membina jentera pilihan raya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihan raya-pilihan raya akan datang,โ€ kata kenyataan itu.

Susulan itu, Bersama akan mengadakan siri Jelajah Kancil ke negeri-negeri bermula di Johor Sabtu ini di Danga Bay Convention Centre mulai 8 malam.

๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—น ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda Bersama, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.

Siri jelajah ini akan berada Hotel Seri Malaysia Melaka pada ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป, Seremban Negeri Sembilan (๐Ÿญ๐Ÿฏ๐—๐˜‚๐—ป);ย  Ipoh, Perak (๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—ป); Kota Bharu, Kelantan (20 Jun); Kuantan Pahang (21 Jun); Selangor Utara/Tengah (๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—ป); Selangor Selatan (๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ).

Ini diikuti Pulau Pinang (๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ); Kedah/Perlis (๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ); Setiawangsa Kuala Lumpur (๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ); Shah Alam Selangor (12 Julai) dan Pandan Selangor pada 18 Julai.

Tarikh dan tempat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat terkini dan pendaftaran kehadiran boleh dibuat di pautan https://bersama.org/ms/acara.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment