KUALA LUMPUR 14 Feb. – Bekas Timbalan Presiden Bersatu , Hamzah Zainudin, tidak menolak tiga kemungkinan hala tuju selepas dipecat keahlian parti itu, iaitu mengambil alih parti Berjasa, kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas. Bagaimanapun beliau menjelaskan sebarang keputusan akan dilakukan secara konsensus bersama pemimpin lain yang turut dipecat Bersatu. Katanya, buat masa ini, Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang, mengaku selesa memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Bebas sehingga kedudukan itu diputuskan sebaliknya kelak. “Saya akan ada ‘rumah baharu’. Rumah baharu ini merujuk kepada rumah bangsa… ia boleh jadi…
Read MoreDay: February 14, 2026
Noh Omar letak jawatan MPT Bersatu
SEPANG 13 Feb. – Kecewa dengan kegagalan parti mematuhi proses perlembagaan sendiri, Noh Omar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkuat kuasa serta-merta. Noh berkata keputusannya dibuat selepas MPT parti dalam mesyuarat pada 12 Januari lalu memutuskan untuk menangguhkan semua tindakan disiplin, namun lembaga disiplin parti didakwa masih meneruskan tindakan terhadap ahli. “Pada peringkat ini, saya ingin menyatakan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam Bersatu hari ini,” katanya menerusi video di media sosial. Noh mempersoalkan tindakan disiplin yang masih diteruskan walaupun MPT telah membuat keputusan,…
Read MoreLangkah selamatkan parti – Muhyiddin
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pemecatan pemimpin kanan parti termasuk, Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin tidak diputuskan sewenang-wenangnya, sebaliknya menerusi pelbagai usaha untuk mencari perdamaian dan menyelamatkan parti menerusi siri pertemuan dan perbincangan dengan pihak terbabit. Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, usaha berkenaan bagaimanapun tidak berhasil, malah ada segelintir pihak yang secara berterusan melakukan sabotaj terhadap parti, bertujuan memecah-belahkan Bersatu dan menggagalkan matlamat perjuangan parti. “Sebagai Presiden dan pengasas parti Bersatu , saya bertanggungjawab memastikan parti terus kukuh dan berada di atas landasan perjuangan sebenar. Saya dan ramai lagi yang terbabit dalam…
Read More