LFL gesa PM tarik balik arahan

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Perdana Menteri supaya menarik balik arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk “membersihkan” mana-mana rumah ibadat yang dibina secara tidak sah. Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek berkata penarikan balik arahan itu perlu bagi mengelakkan kebencian kaum dan agama daripada terus merebak, sama ada melalui sokongan kerajaan secara nyata mahupun tersirat. “Pendekatan yang lebih holistik dan berhemah mesti digunakan apabila membincangkan perkara yang menjejaskan rumah ibadat mana-mana komuniti agama di Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Malaysakini. Beliau mengingatkan, Anwar Ibrahim  berkhidmat untuk…

Read More

Anwar arah ‘bersihkan’ kuil di tapak tidak sah

PUTRAJAYA 9 Feb. – Kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk ‘membersihkan’ rumah ibadat termasuk kuil yang dibina tidak mengikut peraturan, di tapak tidak sah, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, walaupun keputusan itu bakal mengundang kontroversi, beliau menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang- undang yang perlu dihormati oleh semua. “Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan , yang tidak ikut peraturan, dan majlis perbandaran (PBT) diberi keizinan untuk bertindak ‘membersihkan’ kawasan yang bukan hak kuil. “Saya tahu boleh mengundang kontroversi. Negara ini…

Read More

Taikun media Hong Kong dijel 20 tahun

HONG KONG – Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai, pengasas Apple Daily dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dalam kes keselamatan negara paling berprofil tinggi di wilayah itu. Beliau sebelum ini disabitkan dua pertuduhan berkomplot dengan kuasa asing pada 15 Disember lalu serta satu pertuduhan menerbitkan bahan hasutan. Lai, 78, yang kini dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot menafikan semua pertuduhan, menyifatkan dirinya sebagai “tahanan politik” yang menjadi sasaran tekanan Beijing. Nasib Lai menjadi perhatian dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang menyuarakan…

Read More

Mohon PBB bantu siasat kematian

DHAKA – Bangladesh memohon bantuan Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) bagi menyiasat pembunuhan Sharif Osman Hadi, tokoh popular dalam gerakan kebangkitan anak muda negara itu pada 2024. Menurut kenyataan kerajaan, misi Bangladesh di Geneva dilaporkan telah mengemukakan nota diplomatik bagi meminta OHCHR membantu memastikan siasatan dijalankan secara “adil, tidak berpihak dan pantas”. “Nota tersebut memohon bantuan teknikal dan institusi daripada pejabat hak asasi manusia PBB bagi menyokong siasatan berkenaan,” kata kenyataan itu. Sharif Osman, 32, ditembak oleh kumpulan bertopeng di Dhaka pada Disember lalu sebelum meninggal dunia…

Read More