Angka bukan lagi ukuran kejayaan, sokongan

JIKA pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024, Setiausaha Agung Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan jumlah keahlian parti itu mencecah 3,447,445 orang tetapi sempena PAU 2025, angka itu meningkat kepada 3.52 juta. Tentunya pengumuman itu sesuatu yang membanggakan anggota UMNO kerana mereka mempunyai jumlah ahli teramai berbanding lebih 1 juta keahlian yang dimiliki oleh Pas atau PKR Namun angka tidak menggambarkan sokongan sebenar yang akan diterima pada hari pengundian, iaitu semasa pilihan raya diadakan. DAP contohnya tidak bergantung kepada keahlian sebaliknya kepercayaan dan keyakinan kepada parti itu. Dan lihat berapa kerusi…

Read More

Rumah Bangsa perlu ikhlas, jujur – Ismail

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Semua pihak perlu benar-benar ikhlas dan jujur untuk melaksanakan agenda Rumah Bangsa untuk menerima kembali mana-mana bekas ahli UMNO, kata Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob. Katanya, gagasan yang dibawa oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi itu akan membuka ruang penyatuan, merapatkan jurang perbezaan dan menyatukan kembali kekuatan politik Melayu termasuk membawa masuk kembali mereka yang berada ‘di luar’. “Dalam keadaaan hari ini, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam,” katanya sambil menyambut baik ucapan Presiden terutamanya penekanan terhadap…

Read More

MCA kekal bersama BN

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu tidak akan keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN). Timbalan Pengerusi BN itu berkata keputusan tersebut dimuktamadkan selepas mengambil kira penubuhan gabungan berkenaan dibuat berasaskan semangat Perikatan pada 1973. “Soal ini (keluar daripada BN) tidak wujud. BN ditubuhkan berlandaskan kepada semangat Perikatan dulu. Kita bersama-sama menubuhkan gabungan ini. “Justeru, soal ini tidak wujud setakat ini,” katanya Ahli Parlimen Ayer Hitam ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena…

Read More

Kembalilah ke Rumah Bangsa – Zahid

KUALA LUMPUR 16 Jan.  – “UMNO adalah rumah buat semua bertaut kembali, saat ada yang hilang arah, saat ada yang semakin rebah, kembalilah, kembalilah. Bak kata pepatah ‘sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan’,”. Demikian harapan dan hasrat Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas ahli UMNO yang kini berselerakan di luar parti asal orang Melayu itu dengan menganggotai pelbagai parti politik Melayu. “UMNO adalah rumah buat semua bertaut kembali, saat ada yang hilang arah, saat ada yang semakin rebah, kembalilah, kembalilah. Bak kata pepatah ‘sesat di hujung…

Read More

Sokongan kepada Najib tidak pernah goyah

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Pendirian UMNO dalam menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan hukuman penjara tidak pernah goyah, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Justeru Presiden UMNO itu menafikan tuduhan dilemparkan kononnya beliau mengetepikan semangat setiakawan terhadap Najib Razak. “Saban hari turut diratibkan keputusan (UMNO) menyertai Kerajaan Perpaduan adalah untuk Zahid menyelamatkan dirinya, itu tuduhan…. Zahid (juga) dikatakan mengetepikan setiakawannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, itu juga satu tuduhan. “Malah, simpati kita, pembelaan kita, solidariti kita kepada beliau (Najib) menjadi bahan momokan dan…

Read More

UMNO tiang seri, bukan parti karipuley

KUALA LUMPUR 16 Jan. – UMNO bukan parti tempelan atau pelengkap kepada mana-mana gabungan sebaliknya adalah tiang seri kestabilan negara kepada Kerajaan Perpaduan sekarang, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu menegaskan parti itu tidak akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan selari janji untuk menjamin kestabilan politik negara dan demi rakyat, tetapi, ia bukan bermakna peranan UMNO boleh diketepikan. “Jangan ingat UMNO parti karipuley, parti daun kari, bila nak masak daun masuk dalam kuali bila dihidang dikuis ketepi,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025…

Read More

PBB kecam pencerobohan premis UNRWA

HAMILTON – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel di Baitulmuqaddis Timur yang disifatkan sebagai “pencerobohan tidak sah” terhadap sebuah kemudahan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) serta langkah menutup sebuah pusat kesihatan utama. Dalam satu kenyataan, jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, Setiausaha Agung badan dunia itu, Antonio Guterres amat bimbang selepas UNRWA dimaklumkan bahawa pembekal utiliti akan menghentikan bekalan elektrik dan air kepada beberapa fasiliti agensi tersebut di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki. Mengingatkan Israel tentang kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa, Haq seterusnya menyatakan…

Read More

Palestin komited usaha diplomatik AS

RAMALLAH – Palestin komited meneruskan usaha diplomatik bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta rakan‑rakan berkaitan dalam mencari penyelesaian terhadap konflik Palestin. Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, berharap tahun 2026 akan menyaksikan kemajuan dalam penyelesaian isu Palestin, sambil merujuk kepada apa yang digambarkannya sebagai tanda positif daripada pentadbiran AS. Beliau berucap pada majlis penganugerahan ijazah kehormatan kedoktoran oleh Universiti Arab Amerika di Ramallah pada Khamis. Abbas berkata, negara Palestin menyokong pembentukan Jawatankuasa Pentadbiran Palestin di Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada fasa peralihan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada…

Read More