ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pengasas Lembaga Keamanan bagi Gaza, mempelawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan untuk menyertai lembaga berkenaan. Pengarah Komunikasi Turkiye, Burahanettin Duran berkata, pada 16 Januari, Presiden Trump telah menghantar surat jemputan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, untuk menjadi anggota pengasas Lembaga Keamanan. Menerusi hantaran di platform media sosial Turkiye, NSosyal, Duran berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Resolusi 2803, telah menyokong Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza yang diumumkan Trump dan membawa kepada gencatan senjata di wilayah…
Read MoreMonth: January 2026
Media Hari Ini Ahad 18.01.2026
Tidak gugat Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Hasrat UMNO untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tidak bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mahu kolaborasi agung itu benar-benar dapat menyatukan roh dan perjuangan parti Melayu dan Islam dalam kerangka lebih besar. UMNO juga katanya, tidak mahu mana-mana parti yang akan menganggotai kolaborasi itu membubarkan parti mereka, sebaliknya bersama secara tidak rasmi terlebih dahulu bagi langkah awal dan menjadikannya sebagai satu gabungan besar. Ahmad Zahid menyatakan hasrat…
Read MoreAkmal ‘budak nakal sayangkan ayah’
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh menolak tanggapan beliau tidak sehaluan dengan presiden, Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menyifatkan dirinya “budak nakal” yang sayangkan ayahnya. “Ramai yang cakap saya ni tak sehaluan dengan Datuk Seri presiden, tapi saya nak bagi tahu anak yang paling nakal, anak yang paling sayangkan ayahnya. Kerana dia tak sanggup melihat ayahnya (presiden) ditipu dan dimomokan dengan perkara tidak betul. “Tak apa saya tak ada kepentingan…(tapi) UMNO ini perlu bangkit kembali, perlu berada di persadanya itu sahaja,” katanya ketika menggulung…
Read MoreSaringan sebelum terima semula bekas ahli
KUALA LUMPUR 17 Jan. – UMNO akan melaksanakan proses saringan ketat sebelum menerima mana-mana bekas ahli untuk menyertai semula parti itu, untuk mengelak sebarang risiko termasuk mencetus kekacauan dalaman serta melemahkan parti. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak menjangkakan akan berlaku kemasukan semula bekas ahli secara beramai-ramai, namun sebarang penerimaan semula perlu ditangani dengan cerma bagi memelihara perpaduan dan kestabilan. “Setakat ini, terdapat reaksi bercampur-campur dalam kalangan kepimpinan mengenai penerimaan semula bekas ahli… sebab itu kami perlu berhati-hati dan perlu ada proses saringan yang wajar. Jika tidak, ia…
Read MoreTangguh pemilihan, fokus pilihan raya
KUALA LUMPUR 17 Jan – UMNO memerlukan kekuatan dalaman yang kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang mungkin diadakan tahun ini, dua lagi membabitkan PRN Johor dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Justeru kata Setiausaha Agungnya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk fokus kepada perkara lebih penting termasuk pilihan raya. “Fokus kita pilihan raya dululah… PRN Melaka, Johor berkemungkinan berlaku tahun ini. Jadi selepas itu pilihan raya umum (PRU). Kalau kita sibuk dengan pemilihan parti nanti macam-macam cerita. Sekarang…
Read MoreTuah 91 anak muda Kelantan
SEPANG 17 Jan. – Kali pertama menunaikan umrah pada usia muda sudah pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap sekumpulan 91 peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan 2.0 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Apa tidaknya, sebaik sahaja memasuki Masjidilharam, buat pertama kali juga mereka dapat menatap Kaabah secara langsung di depan mata. Mereka yang terdiri daripada 50 wanita dan 41 lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6 pagi 15 Januari lalu, selepas berangkat menunaikan umrah pada 4…
Read MoreBerita pilihan…
Venezuela sahkan 47 askar terbunuh
ISTANBUL – Venezuela mengesahkan 47 askarnya terkorban dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini yang membawa kepada penangkapan Presiden Nicolas Maduro. Menteri Pertahanan Vladimir Padrino Lopez memberitahu televisyen kerajaan bahawa anggota Angkatan Bersenjata Negara Bolivarian terkorban ketika berdepan teknologi canggih dan sumber ketenteraan yang jauh lebih besar dikerahkan terhadap negara itu. Lopez berkata pihak tentera kini mengaktifkan “Pelan Ayacucho” bagi meningkatkan keupayaan pertahanan Beliau mengakui bahawa terdapat keperluan untuk menyemak dan menyusun semula angkatan tentera bagi menyesuaikan diri dengan realiti baharu. Tegasnya, matlamat utama adalah untuk mengukuhkan kekuatan…
Read MorePahlavi yakin Iran tumbang
WASHINGTON – “Republik Islam pasti tumbang – bukan jika, tetapi bila.”, demikian keyakinan Putera Mahkota Iran dalam buangan, Reza Pahlavi, yang turut menggesa masyarakat antarabangsa membantu penunjuk perasaan menjatuhkan kerajaan Iran. Pahlavi yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) meminta dunia menyasarkan kepimpinan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang menurutnya akan “memudahkan usaha rakyat dan mengurangkan pertumpahan darah.” Protes besar-besaran tercetus sejak 28 Disember lalu akibat krisis ekonomi sebelum bertukar menjadi tuntutan menamatkan pemerintahan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Hosseini Khamenei. Kumpulan hak asasi manusia mendakwa lebih 2,500 penunjuk perasaan terbunuh…
Read More