8 tren ETS tambahan musim perayaan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) bagi memenuhi keperluan perjalanan orang ramai. Dalam kenyataannya, KTMB memaklumkan 26,460 tiket ETS tambahan mula dijual sejak 24 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Perkhidmatan tambahan itu merangkumi laluan KL Sentral-Ipoh, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral, KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral, JB Sentral-KL Sentral- JB Sentral dan JB Sentral-Butterworth-JB Sentral. Operasi tren tambahan bagi Tahun Baharu Cina dijadualkan pada 13 hingga 22 Februari dengan laluan utama Padang Besar-KL Sentral…

Read More

Pendidik Jerman tuntut kenaikan gaji

KIRA-KIRA 12,000 guru dan pendidik sama ada di peringkat sekolah dan universiti melancarkan mogok di seluruh Jerman pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji yang ketara. Menurut kesatuan guru GEW, guru sekolah, pensyarah universiti serta pekerja lain dalam sektor pendidikan turun ke jalan raya di lima bandar utama termasuk Berlin. Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, dengan kenaikan minimum EUR300 (US$358) sebulan, bagi guru dan pekerja pendidikan lain yang bekerja di bawah kerajaan negeri persekutuan Jerman. Menurut GEW, seramai 3,500 pekerja menyertai protes di Berlin, manakala 3,000 lagi berhimpun…

Read More

9.5 juta penduduk Sudan tinggalkan kediaman

DIANGGARKAN, kira-kira 9.5 juta orang penduduk di Sudan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di 18 negeri akibat hampir tiga tahun konflik berterusan Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, Sudan kini berdepan krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia. Kanak-kanak Sudan khususnya menanggung kesan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing akibat keganasan, kehilangan tempat tinggal, penyakit serta kebuluran yang meluas. Agensi itu berkata, ia terus beroperasi di lapangan bersama rakan pelaksana bagi menyediakan perkhidmatan menyelamatkan nyawa kepada kanak-kanak dan keluarga yang terjejas, termasuk penjagaan kesihatan dan pemakanan, akses kepada air bersih,…

Read More