KUALA LUMPUR 22 Jan. – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga kerja tanpa menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kata Menterinya, R Ramanan. Beliau berkata ini kerana penguasaan bahasa Inggeris adalah satu kompetensi teras yang semakin kritikal, khususnya bagi tenaga kerja baharu dalam menghadapi persekitaran pekerjaan bersifat global, berteknologi tinggi serta dipacu automasi dan kecerdasan buatan (AI) serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), beliau memberitahu , antara strategi yang diambil termasuk penambahbaikan kurikulum latihan Pendidikan…
Read MoreDay: January 22, 2026
Bekas Panglima TDM minta dibicara
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Bekas Panglima Tentera Darat, Muhammad Hafizuddeain Jantan yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM2.12 juta. Muhammad Hafizuddeain, 58, yang kelihatan tenang mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di antara 2 Februari 2024 dan 7 November tahun lalu. “Faham (pertuduhan) puan, saya mohon dibicarakan,” katanya di hadapan Hakim Azura Alwi. Muhammad Hafizuddeain ialah PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan…
Read MoreBerita pilihan…
Kongres undi tahan Clinton, isteri
WASHINGTON – Sebuah jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk menahan bekas Presiden Bill Clinton, dan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton, atas kesalahan menghina Kongres selepas pasangan itu gagal mematuhi sepina berkaitan siasatan terhadap rangkaian pemerdagangan seks Jeffrey Epstein. Bagaimanapun peguam pasangan itu menyifatkan langkah tersebut bermotifkan politik, sambil menegaskan bahawa kedua-duanya telah memberi kerjasama setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan kekangan perundangan sedia ada. Jawatankuasa Pengawasan Dewan Perwakilan meluluskan undi tersebut dengan alasan pasangan itu tidak memberi kerjasama yang mencukupi, termasuk gagal menyerahkan dokumen serta memberikan keterangan seperti diarahkan…
Read MoreTiga wartawan maut serangan Israel
GAZA – Tiga wartawan dan dua kanak-kanak turut terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin manakala enam lagi dilaporkan cedera. Wartawan Anas Ghunaim, Abdul Ra’ouf Shaath dan Mohammad Qeshta, terbunuh apabila kenderaan mereka diserang di tengah Gaza ketika membuat liputan berhampiran Koridor Netzarim. Menurut pegawai dan rakan sekerja, mereka bekerja dengan Jawatankuasa Bantuan Mesir untuk Gaza. Israel mendakwa serangan itu menyasarkan kenderaan yang digunakan bagi aktiviti pengumpulan risikan, dakwaan yang dinafikan pihak jawatankuasa bantuan. Dalam serangan berasingan, tiga ahli satu keluarga termasuk…
Read More